All News

UUMCOB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENDAFTAR SIMAD UNIVERSITY, SOMALIA

somalia registrar

UUM ONLINE: Unit Pengajian Siswazah UUMCOB (UPSCOB) telah menerima kunjungan hormat dari wakil SIMAD University, Somalia, baru-baru ini.

Lawatan julung kali ke UUM yang diketuai oleh Pendaftar, Husein Osman Abdullahi itu disambut Pengarah Unit Pengajian Siswazah, Prof. Madya Dr. Subramaniam Sri Ramalu.

Di samping bertemu staf mereka yang sedang melanjutkan pengajian pascasiswazah di UUM, tujuan lawatan itu juga adalah untuk meneroka peluang kerjasama yang boleh dijalinkan di antara UUMCOB dan SIMAD University.

Dalam perjumpaan itu, kedua-dua pihak telah berbincang tentang peluang kerjasama dalam bidang seperti penyelidikan dan penerbitan, pertukaran pelajar dan staf serta perkongsian kepakaran yang terdapat di UUM.

Perkara lain yang turut dibincangkan adalah tentang promosi program pascasiswazah di bawah UUMCOB dalam kalangan staf SIMAD University.

Hadir sama, wakil dari pusat pengajian di bawah UUMCOB iaitu Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) dan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB).