All News

UUM COB TERIMA 128 PELAJAR BAHARU PASCASISWAZAH

uuumcob128

UUM ONLINE: UUM COB telah menerima kemasukan seramai 128 pelajar pascasiswazah bagi trimester pertama kemasukan September 2022/2023 (Sesi A221).


Daripada jumlah itu, 56 orang merupakan pelajar tempatan dan 72 orang adalah pelajar antarabangsa yang memulakan sesi pengajian kali ini.


Sehubungan itu, sesi taklimat pendaftaran dan pengajian program kepada pelajar baharu telah diadakan secara atas talian, baru-baru ini.


Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Mohd Harif dalam ucapannya mengalukan kedatangan pelajar baharu UUM COB ke UUM dan mengucapkan tahniah kerana memilih universiti ini untuk melanjutkan pengajian.


Beliau turut menerangkan tentang kaedah penyampaian pembelajaran yang akan kembali kepada kaedah bersemuka tidak lama lagi dan menasihatkan pelajar agar membuat persediaan sewajarnya.


Walau bagaimanapun, menurutnya, sesi pengajaran dan pembelajaran untuk semester ini masih dijalankan dalam mod hibrid seperti mana yang telah dirancang.


Sementara itu, Pengarah Unit Pengajian Siswazah, UUMCOB, Prof. Madya Dr. Wan Shakizah Wan Mohd. Noor turut mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa kegembiraan untuk menerima kedatangan pelajar baharu ke bumi Sintok bagi melanjutkan pengajian mereka ke peringkat pascasiswazah.


“Jadikan pengajian di UUM ini sebagai satu perjalanan yang mencabar tetapi menarik. Rebut peluang ini untuk belajar dan memperoleh pengetahuan baru, sekali gus membangunkan kemahiran baru serta meningkatkan sifat keperibadian yang baik,” ujarnya.


Pada sesi itu juga, pelajar diberi taklimat akademik oleh Penyelaras Program di Unit Pengajian Siswazah UUM COB, Prof. Madya Dr. Norhani Aripin dan taklimat program pengajian oleh penyelaras program dari setiap pusat pengajian UUM COB.


Taklimat tentang kemudahan dan fasiliti di Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah disampaikan oleh Fadzilah Hussin yang menutup sesi taklimat secara virtual pada hari tersebut.​