All News

BENGKEL UPSCOB PERKEMAS PROGRAM PASCASISWAZAH

bengkel

UUM ONLINE: Unit Pengajian Siswazah UUM COB (UPSCOB) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Program Pascasiswazah UUM COB di EDC UUM, baru-baru ini.

Pengarah UPSCOB, Prof. Madya Dr. Wan Shakizah Wan Mohd. Noor berkata, bengkel itu bertujuan untuk menyelaras dan menyusun semula program pascasiswazah di UUM COB.

Menurutnya, bengkel selama sehari itu menjadi platform untuk pusat pengajian menyediakan jadual waktu bagi tempoh satu (1) tahun iaitu bermula trimester September 2022/2023 (A221), Januari 2022/2023 (A222) dan Mei 2022/2023 (A223).

Turut dibincangkan adalah penyusunan kelas pascasiswazah bagi trimester Mei 2021/2022 (A213) yang akan dilaksanakan secara hibrid selaras dengan notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM.

Wan Shakizah turut mengingatkan semua Pengerusi Program Pascasiswazah tentang tugas dan tanggungjawab mereka kepada pelajar pascasiswazah di pusat pengajian masing-masing. 

Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Mohd Harif yang hadir sama ke bengkel itu berharap agar semua pusat pengajian dapat memberi kerjasama sebaiknya agar program pascasiswazah UUM COB dapat terus diperkasa dalam usaha UUM menawarkan program pengajian yang berkualiti.

Bengkel tersebut disertai Pengerusi Program Pascasiswazah dari setiap pusat pengajian di bawah UUM COB iaitu Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM), Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).